Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

 

BAHAGIAN DISERANG
Daun
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA)
Kumbang Belalai
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS)
Gold dust beetle, Green weevil
NAMA SAINTIFIK
Hypomeces squamosus Fab.
ORDER
Coleoptera
FAMILI
Curcullionidae
CIRI-CIRI
  • Serangga polifagus dan turut menyerang ciku, durian, jambu batu, limau, mangga, nangka, rambutan, kacang panjang dan kacang soya
  • Dewasa mempunyai warna kekuningan yang terang dan cantik serta diselaputi bulu putih halus, seakan debu
  • Saiz dewasa  sekitar 15mm panjang
  • Mempunyai rostrum yang panjang serta antena berbentuk genikulat dan klub
  • Larva tinggal didalam tanah dan memakan akar serta bahan organik
BIOLOGI
  • Hanya peringkat dewasa yang menyerang daun. Peringkat telur dan larva tidak di jumpai pada daun
KEROSAKAN
  • Kerosakan berbeza dari kerosakan oleh kumbang kaboi, terutama kumbang kaboi coklat
  • Serangga dewasa menyerang dengan menguyah tepi daun dan membawa ke tengah daun, namun jarang mendatangkan kesan serius.
KEROSAKAN
  • Dianggap perosak minor bagi tanaman koko

 

GAMBAR SERANGGA

GAMBAR SIMPTOM KEROSAKAN