SEJARAH UNIT PATOLOGI TAWAU

Unit Patologi LKM Tawau mula beroperasi pada bulan mei 2001 berikutan perpindahan dua orang Pegawai Penyelidik dan 4 orang kakitangan unit Patologi LKM dari Tuaran.  Dua orang Pegawai Penyelidik terlibat ialah Pengurus PPPK Tawau, Dr. Ahmad Kamil Hj. Mohd. Jaafar dan Pengurus PPPK Madai, En. Shari Fuddin Sha’ari.  Manakala kakitangan yang terlibat  terdiri dari seorang Penolong Pegawai Penyelidik, dua orang Pembantu Penyelidik dan seorang Pekerja Awam.    Kesemua kemudahan dan peralatan dari Unit Tuaran telah dipindahkan dan disusun semula agar kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan dengan lebih lancar.

Terdapat lebih 400 koleksi isolat patogen dan antagonis dari persekitaran koko yang disimpan dan dijaga dengan rapi di unit patologi Tawau. Pengumpulan kultur-kultur kulat dan bakteria daripada persekitaran koko masih giat dijalankan hingga kehari ini bagi memastikan bilangan koleksi kultur semakin bertambah.