Rating Pengguna: / 3
Kurang BaikTerbaik 

 

BAHAGIAN DISERANG
Pucuk muda
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA)
Kutu Daun
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS)
Cocoa Aphid, black citrus aphid
NAMA SAINTIFIK
Toxoptera aurantii
ORDER
Homoptera
FAMILI
Aphididae
CIRI-CIRI
  • Turut menyerang pokok sayuran
  • Banyak di kawasan tropika dan tidak mengeluarkan telur
  • Pembiakan partenogenik dan serangga jantan jarang ditemui
  • Kesemua kitar hidup membiak dibawah permukaan daun dan tangkai bunga
BIOLOGI
  • Nimfa dilahirkan secara partenogenesis dan dalam proses ini serangga dewasa melahirkan anaknya dengan kadar 4-22 nim sehari.
  • Nimfa melalui 4 peringkat instar dan menyerupai serangga dewasa kecuali ia tidak bersayap, seterusnya berbentuk seakan kutu dengan warna merah pekat
  • Betina yang tidak berkepak (apterae) menjadi dewasa dan mula membiak selepas 6 hari, dan betina berkepak (alatae) selepas 7-8 hari
  • Peringkat awal nimfa berwarna putih
SIMPTOM DAN KEROSAKAN
  • Serangga dewasa dan nimfa menyerang pucuk daun pada permukaan sebelah bawah daun
  • Mengisap cairan sel dan menyebabkan daun mengerekot dan pertumbuhan daun terbantut
  • Turut menyerang tangkai bunga, dan menyebabkan bunga layu dan mati
  • Tidak dianggap perosak penting, kecuali bagi tunas yang baru dicantum
KAWALAN
  • Mengerat dan membuang bahagian pucuk yang dihinggapi kutu daun
  • Jika serangan serius, penggunaan racun serangga boleh dipertimbangkan

 

GAMBAR SERANGGA

GAMBAR SIMPTOM KEROSAKAN