Rating Pengguna: / 4
Kurang BaikTerbaik 

 

BAHAGIAN DISERANG
Buah
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA)
Ulat Pengorek buah koko
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS)
Cocoa pod borer
NAMA SAINTIFIK
Conopomorpha cramerella Snellen
ORDER
Lepidoptera
FAMILI
Gracillariidae
CIRI-CIRI
  • Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia
  • Mula ditemui di Sabah pada tahun 1980, di Sarawak 1983, di Jasin, Melakaa 1986 dan seluruh Malaysia pada tahun 1993
  • Turut dijumpai di Indonesia, Filipina, Papua New Guinea dan Australia
  • Serangga kecil dengan bentuk dan saiz seakan nyamuk
  • Jantan dan betina boleh dibezakan dengan betina mempunyai warna oren dibahagian posterior abdomen
  • Aktif diwaktu malam dan jarang ditemui diwaktu siang
  • Waktu siang berehat dibawah joket dan dahan pokok, terutama didalam kanopi
  • Menyebabkan kerosakan sehingga 100% jika tiada langkah kawalan dilakukan
  • Peringkat larva paling berbahaya
BIOLOGI
  • TELUR : 1 - 3 hari
  • LARVA : 14 - 17 hari
  • PUPA : 6 - 7 hari
  • DEWASA : 6 - 7 hari
  • KITARAN HIDUP : 27 - 33 hari
SIMPTOM DAN KEROSAKAN
  • Pemasakan buah yang tidak sekata, dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning, manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau
  • Buah yang diserang lebih berat dan tidak bergoncang isinya
  • Lubang masuk dapat dihilis jika kulit dihiris nipis, dan lubang keluar yang jelas pada permukaan kulit koko
  • Biji koko melekat dan bercantum diantara satu sama lain
  • Biji koko tidak dapat digunakan berikutan biji tidak membesar akibat kekurangan nutrien
KAWALAN
  • Racun serangga yag disyorkan adalah dengan bahan aktif Cypermethrin dan Deltamethrin setiap dua minggu
  • Semburan dilakukan setiap dua minggu dengan mensasarkan bahagian buah dan kanopi pokok
  • Mengamalkan Konsep 4P iaitu pemangkasan setiap 3 bulan, pembersihan kebun yang teratur, penuaian hasil koko dengan lebih kerap dan pembajaan mengikut jadual
  • Boleh menggunakan kawalan biologi, Semut Hitam Koko
  • Menggunakan kawalan mekanikal dengan menggunakan pembalutan buah
  • Lembaga Koko Malaysia turut menjalankan kajian penggunaan fungi entomopatogenik, bakteria, semio-kimia dalam menangani masalah perosak utama koko ini

GAMBAR SERANGGA

GAMBAR SIMPTOM KEROSAKAN