Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

 

BAHAGIAN DISERANG
Putik buah koko
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA)
Koya Koko Ferrisia
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS)
Mealybugs
NAMA SAINTIFIK
Ferrisia virgata
ORDER
Homoptera
FAMILI
Pseudococcidae
CIRI-CIRI
  • Menyerang putik koko dan juga pucuk
  • Turut menyerang tanaman lain seperti getah, sayuran, pokok bunga raya, tomato, Gliricidia, kopi dan kapas
  • Koya koko terbesar dengan betina dewasa sebelum bertelur sepanjang 4-5mm
  • Betina dewasa mempunyai badan yang lembut dan berbentuk bujur memanjang
  • Bahagian lateral dan terminal mempunyai filamen diselaputi lilin putih
  • Filamen kaudal (bahagian posterior badan) berlilin dan mempunyai saiz sekurangnya setengah dari panjang badan
  • Hanya sepasang dilamen kaudal berbanding spesies lain
  • Mengeluarkan madu dan mempunyai assosiasi mutualistik dengan semut seperti Crematogaster, Lophomyrmex dan Pheidole
BIOLOGI
  • Kitar hidup dengan metamorfosis tidak lengkap iaitu telur, nimfa dan dewasa
SIMPTOM DAN KEROSAKAN
  • Tompokan koya ini sering tertumpu pada tangkai putik dan sering berjujukan sepanjang lurah buah koko
  • Dijumpai di bahagian terlindung dari cahaya matahari
  • Jarang mendatangkan kerosakan kepada buah dan dianggap perosak minor untuk koko
KAWALAN
  • Tiada kawalan disyorkan berikutan serangan tidak serius
  • Jika serius, boleh menggunakan semburan racun serangga dari kumpulan Pyrethroid

GAMBAR SERANGGA

GAMBAR SIMPTOM KEROSAKAN