Rating Pengguna: / 4
Kurang BaikTerbaik 

 

PUNCA

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Botryodiplodia theobromae dan dikelaskan sebagai parasit luka. Kulat ini akan apabila terdapat luka pada permukaan buah koko yang disebabkan oleh serangga, mamalia perosak atau mekanikal.
SIMPTOM
  1. Terdapat luka pada permukaan buah atau buah di dalam keadaan ‘stress’ seperti di musim kemarau
  2. Terdapat bintik-bintik gelap di permukaan buah.
  3. Bintik-bintik ini membesar dan dalam masa dua minggu seluruh buah akan menjadi perang atau hitam.
  4. Mesilium kulat yang berwarna kelabu akan menghasilkan piknidia yang mengandungi spora berwarna hitam seperti jelaga.
PENYEBARAN
  1. Spora yang dihasilkan pada permukaan buah koko akan disebar oleh angin.
  2. Apabila spora kulat ini terjatuh pada luka di permukaan buah ia akan bercambah dan seterusnya menjangkiti buah koko tersebut.
PENGAWALAN
  1. Amalan kultura yang baik dapat mengawal penyakit ini.
  2. Elakan dari melukai buah koko semasa memetik buah. Gunakan scatteurs atau gunting pokok.
  3. Serangga dan mamalia perosak perlu dikawal dari melukai buah koko.
  4. Kerap mengutip buah koko yang masak.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>