Rating Pengguna: / 5
Kurang BaikTerbaik 

 

Lazimnya pokok koko dewasa yang ditanam di ladang tidak menghadapi masalah penyakit daun. Penyakit daun hanya menjadi masalah kepada anak-anak benih koko di tapak semaian. Kulat-kulat yang sering ditemui pada penyakit-penyakit daun di tapak semaian ialah Colletotrichum sp.,Gloeosporium sp., Curvularia sp. dan Pestalotia sp.
SIMPTOM
  1. Penyakit bermula dengan bintik-bintik kecil pada permukaan daun dan kemudiannya membesar.
  2. Seranggan yang teruk pada daun menyebabkan daun berubah bentuk dan mengerekot.
PENYEBARAN
  1. Spora akan dihasilkan pada permukaan daun yang berpenyakit disebarkan oleh angin atau percikan air sama ada dari percikan air hujan atau semasa menyiram anak-anak benih koko.
  2. Dalam keadaan yang lembab dan sesuai spora ini akan bercambah dan menjangkiti daun-daun koko.
PENGAWALAN
  1. Amalan kultura yang baik dapat mengawal penyakit daun.
  2. Jangan mengatur anak-anak benih terlalu rapat bagi mengelak kelembaban yang terlalu tinggi.
  3. Anak-anak benih yang dijangkiti perlu dipisahkan dari tapak semaian supaya penyakit tersebut tidak merebak.
  4. Fungisid hanya digunakan apabila penyakit tersebut mendatangkan masalah.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>