Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

 

PUNCA

Penyakit buah hitam disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora yang juga menyebab penyakit kanker. Penyakit ini agak serius di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang tinggi serta persekitaran yang lembab yang berpanjangan.
SIMPTOM
  1. Bintik-bintik perang di permukaan buah dalam masa 1 atau 2 hari selepas spora menjangkiti permukaan buah.
  2. Bintik-bintik ini membesar sehingga seluruh buah menjadi perang atau hitam.
  3. Sporangia akan dihasilkan dipermukaan buah berwarna keputihan, kelihatan seperti dirinjis dengan tepung selepas buah menjadi busuk.
  4. Selepas 14 hari jangkitan biji koko akan rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
PENYEBARAN
  1. Sporangia akan dihasilkan apabila keadaan lembab dan suhu antara 20oC – 30oC.
  2. Zoospora disebarkan oleh air hujan dan percikan air. Angin, serangga dan rodensia juga membantu menyebar spora kulat ini.
PENGAWALAN
  1. Buah-buah hitam perlu dibuang dari ladang koko dan dimusnahkan. Ini dapat mengurangkan sumber inokulum kulat ini.
  2. Amalan kultura yang baik seperti langkah-langkah pengawalan yang diterangkan dibahagian penyakit kanker.
  3. Penggunaan fungisid tidak ekonomi, tetapi racun kulat seperti Calaxin atau Alliette boleh digunakan sekiranya serangan terlalu teruk.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>