Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

 

PUNCA

Penyakit ini disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora. Kulat ini menyerang pokok koko pada musim hujan. Dalam keadaan yang sesuai ia merebak dengan cepat dan berupaya membunuh pokok koko dalam beberapa hari sahaja.
SIMPTOM
  1. Terdapat tompok-tompok yang lembab pada kulit di bahagian pangkal batang pokok koko
  2. Apabila bahagian tersebut dikikis, terdapat lecur berwarna keperangan dan bertukar menjadi perang tua apabila terdedah kepada udara.
  3. Dalam jangkitan yang serius pengaliran air dari akar akan terganggu dan daun-daun akan layu dan menjadi kuning dan kekeringan.
PENYEBARAN
  1. Kulat penyakit ini memerlukan air atau kelembaban bagi menghasil sporangia. Sporangia ini mengandungi zoospora yang mampu berenang di dalam air sebelum menjangkiti pokok koko.
  2. Percikan air hujan dari tanah yang mengandungi sporangia dan klimidospora ke batang pokok koko membantu penyebaran kulat ini.
  3. Penyakit buah hitam juga merupakan sumber inokulum penyakit ini.
PENGAWALAN
  1. Sistem pemaritan yang baik dan cantasan yang sesuai dapat mengurangkan kelembaban dan boleh mengurangkan jangkitan.
  2. Buah hitam perlu dibuang dan dimusnahkannya kerana ia merupakan sumber penyakit kanker.
  3. Kerap mengutip buah koko yang masak terutama di musim hujan supaya ia tidak dijangkiti oleh kulat ini.
  4. Bahagian batang yang dijangkiti hendaklah dikikis dan didedahkan kepada cahaya matahari. Pancaran UV dari cahaya matahari dapat membunuh kulat ini.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>