Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

 

JENIS-JENIS

Terdapat 2 jenis penyakit bebenang yang biasa ditemui di ladang-ladang koko di Malaysia iaitu:
  1. Penyakit bebenang putih yang disebabkan oleh Marasmius scandens.
  2. Penyakit bebenang bulu kuda yang disebabkan oleh M. equicrinus.
SIMPTOM
  1. Jalur-jalur bebenang putih atau hitam (rizomorfa) yang melekat pada permukaan kulit dahan dan daun.
  2. Daun yang mati akan bergantungan pada dahan dan tidak gugur ketanah. Daun-daun ini dilekatkan oleh rizomorfa kulat.
PENYEBARAN
  1. Penyakit ini disebar oleh spora yang tumbuh pada bahan-bahan mati pada ranting pokok koko dan membentuk rizormorfa. Dalam keadaan yang sesuai kulat ini menghasilkan cendawan. Spora-spora dihasilkan di dalam insang dibahagian bawah cendawan dan disebarkan oleh angin dan hujan.
PENGAWALAN
  1. Cantasan yang sempurna perlu dilakukan bagi mengurangkan kelembaban di dalam ladang koko.
  2. Perlindungan yang berlebihan perlu dikurangkan.
  3. Bahagian pokok yang berpenyakit dan daun-daun kering yang bergantungan pada dahan perlu dibuang dan dibakar.
  4. Kawalan kimia boleh dilakukan dengan menyembur fungisid sentuhan yang mengandungi kuperam. Bahan pelekat seperti Tanac digalakan untuk dicampur semasa penyemburan fungisid.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>