JENIS-JENIS Terdapat 2 jenis penyakit bebenang yang biasa ditemui di ladang-ladang koko di Malaysia iaitu:
- Penyakit bebenang putih yang disebabkan oleh Marasmius scandens.
- Penyakit bebenang bulu kuda yang disebabkan oleh M. equicrinus.
|
SIMPTOM
- Jalur-jalur bebenang putih atau hitam (rizomorfa) yang melekat pada permukaan kulit dahan dan daun.
- Daun yang mati akan bergantungan pada dahan dan tidak gugur ketanah. Daun-daun ini dilekatkan oleh rizomorfa kulat.
|
PENYEBARAN
- Penyakit ini disebar oleh spora yang tumbuh pada bahan-bahan mati pada ranting pokok koko dan membentuk rizormorfa. Dalam keadaan yang sesuai kulat ini menghasilkan cendawan. Spora-spora dihasilkan di dalam insang dibahagian bawah cendawan dan disebarkan oleh angin dan hujan.
|
PENGAWALAN
- Cantasan yang sempurna perlu dilakukan bagi mengurangkan kelembaban di dalam ladang koko.
- Perlindungan yang berlebihan perlu dikurangkan.
- Bahagian pokok yang berpenyakit dan daun-daun kering yang bergantungan pada dahan perlu dibuang dan dibakar.
- Kawalan kimia boleh dilakukan dengan menyembur fungisid sentuhan yang mengandungi kuperam. Bahan pelekat seperti Tanac digalakan untuk dicampur semasa penyemburan fungisid.
|