Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

 

SIMPTOM
  1. Daun-daun di hujung ranting menjadi kering di bahagian tepi daun dan menyeluruh. Daun yang mati kekeringan akan melekat pada dahan beberapa minggu sebelum gugur ke tanah.
  2. Kulit kayu pada dahan berpenyakit menjadi kasar kerana liang–liang lentisel membengkak.
  3. Mata tunas pada celah daun yang gugur akan tumbuh dan mati dengan cepat.
  4. Kayu berpenyakit apabila didedahkan kepada udara akan bertukar menjadi warna perang dengan cepat.
  5. Apabila kayu berpenyakit dibelah, jalur-jalur berwarna keperangan pada saluran vaskular terbentuk.
PENYEBARAN
  1. Kulat ini menghasilkan spora pada waktu malam pada rekahan urat utama daun.
  2. Spora kulat ini disebarkan oleh angin di waktu malam dan menjangkiti daun-daun koko yang muda serta memasuki saluran zilem sistem vaskular pokok koko.
  3. Kehadiran kulat ini di dalam saluran zilem mengganggu pegaliran air dan zat galian ke bahagian pucuk.
PENGAWALAN
  1. Dahan-dahan yang berpenyakit perlu dicantas sekurang-kurang 2-3 bulan sekali. Cantasan hendaklah dibuat 30 cm dari tanda jalur perang pada bahagian vaskular.
  2. Tanamlah klon-klon koko yang tahan terhadap penyakit VSD
  3. Fungisid sistemik boleh juga digunakan pada anak benih koko. Fungisid protectant tidak sesuai digunakan.
  4. Membaja secukupnya dapat menghalang jangkitan penyakit VSD.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>