Rating Pengguna: / 14
Kurang BaikTerbaik 

 

JENIS-JENIS
  1. Penyakit akar putih yang disebabkan oleh kulat Rigidoporus lignosus.
  2. Penyakit akar perang yang disebabkan oleh kulat Phellinus noxius.
  3. Penyakit akar merah yang disebabkan oleh kulat Ganoderma phillipii.
SIMPTOM
  1. Pokok yang dijangkiti menunjukkkan daun yang kekuningan dan seterusnya layu dan kering serta merta.
  2. Daun yang kering itu tidak gugur ke tanah tetapi masih terlekat pada dahan dan rantingnya.
  3. Pada akar yang diserang terdapat gumpulan tanah yang diselaputi oleh rizomorfa. Warna rizomorfa mengikut jenis kulat yang menyerang.
  4. Dalam keadaan yang sesuai jana spora (breket atau cendawan) akan dihasilkan pada pangkal pokok.
PENYEBARAN
  1. Penyakit-penyakit ini terjadi apabila kerja-kerja pembersihan tidak dilakukan dengan sempurna terutama pada peringkat awal penyediaan ladang .
  2. Kulat-kulat ini juga menyerang tanaman ladang lain seperti getah dan kelapa sawit, pokok hiasan dan pokok hutan.
  3. Sumber jangkitan biasanya dari tunggul atau akar yang dijangkiti. Penyakit ini merebak melalui sentuhan akar koko yang sihat dengan bahan-bahan atau akar yang dijangkiti.
PENGAWALAN
  1. Peringkat sebelum menanam
    • Musnahkan dan cabut tunggul atau akar–akar besar.
    • Pastikan lubang tanaman dalam keadaan bersih dan bebas dari akar dan kayu-kayu
  2. Pemeriksaan yang kerap pada pokok di ladang
  3. Jika pokok mati akibat serangan yang serius:-
    • Pokok tersebut perlu di cabut dan dimusnahkan.
    • Buat parit pemisah 2 kaki dalam X 1 kaki lebar di sekeliling pokok untuk mengelak jangkitan kepada akar pokok yang berdekatan.
  4. Jika pokok masih boleh diselamatkan (jangkitan belum memusnahkan akar tunjang atau pangkal)
    • Potong dan buang akar yang dijangkiti dengan menarik keluar akar yang berpenyakit.
    • Sapu akar yang terluka dengan ‘collar protectant’ sebelum di timbus semula.

GAMBAR SIMPTOM PENYAKIT

<<More Pictures>>