Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

 

BAHAGIAN DISERANG
Dahan,Dahan joket.
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA)
Kumbang Pengorek koko
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS)
‘Branch Borer’
NAMA SAINTIFIK
Cerosterna sp.
ORDER
Coleoptera
FAMILI
Cerambycidae
CIRI-CIRI
  • Kumbang dewasa boleh dikenal pasti melalaui warna kuning kekelabuan pada bahagian badan,sayap depan yang tebal,serta kehadiran warna perang tua pada hujung sayap depan(elytra).Warna beransur-ansur menjadi lebih cerah pada bahagian posterior
  • Kumbang ini selalu bertelur di dahan joket dan larva yang membesar sepenuhnya berukuran 80mm panjang dan 10mm lebar pada protoraks dan berwarna pucat
  • Larva akan mengorek daripada bahagian atas ke bawah dahan pokok dan dikenal pasti melalui saiz galeri larva
  • Proses korekan berterusan sehingga ia bertukar menjadi kepompong atau pupa
  • Pupa dijumpai di hujung korekan dan berhampiran dengan kulit kayu
BIOLOGI
  • Jangka hayat larva adalah di antara 315 hingga 525 hari
SIMPTOM DAN KEROSAKAN
  • Larva mengorek bermula dari ranting menuju ke dahan dan akhirnya ke batang utama dan seterusnya hingga ke pangkal batang utama
  • Apabila kulit di sekeliling batang utama rosak kerana serangan, dahan menjadi cepat kering dan pokok akan mulai mati
  • Pokok koko kebiasaannya telah mati apabila kumbang muncul
  • Kumbang dewasa cuma mengakibatkan kerosakan kecil kepada kulit kayu
KAWALAN
  • Menyuntik racun dengan bahan aktif Chlorpyrifos ke dalam lubang yang mempunyai simptom frass yang masih baru
  • Pemeriksaan perlu dijalankan setiap bulan serta diikuti rawatan susulan jjikaa perlu, bagi mengurangkan tahap serangan

GAMBAR SERANGGA

GAMBAR SIMPTOM KEROSAKAN