Portal Perosak dan Penyakit Koko

Lembaga Koko Malaysia

LEMBAGA KOKO MALAYSIA (LKM)

Tentang Portal

Portal Perosak dan Penyakit Koko ini dibina oleh Lembaga Koko Malaysia untuk memberi maklumat tentang perosak dan penyakit yang boleh ditemui dalam ekosistem koko. Portal ini dibangunkan pada tahun 2013, dan ditambahbaik pada tahun 2023. Ringkasan nama bagi portal ini adalah CROPED dimana diterjemahkan dari Cocoa, Rodent, Pest and Disease Portal.

Kepentingan Portal

Penyelidikan dan Pembangunan adalah aktiviti utama LKM. Portal ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada warga LKM, pelajar dan orang ramai dalam mengenali lebih lanjut tentang perosak dan penyakit di persekitaran koko. Informasi ini adalah penting bagi memastikan hebahan maklumat dapat diakses dengan mudah oleh pengusaha koko, kakitangan LKM, penyelidik serangga, pelajar serta orang awam yang berminat dengan tanaman koko.