Rating Pengguna: / 4
Kurang BaikTerbaik 

 

Makmal Entomologi di PPPK Jengka

Makmal Entomologi di PPPK Jengka telah mula diusahakan dari sudut penyelenggaraan dan penyediaan peralatan asas berkaitan bermula Mei 2015. Ia mempunyai kelengkapan asas bagi penangkapan serangga, kajian ringkas serta di tambah baik dari masa ke semasa. Sehingga Mac 2016, proses penangkapan serta penyediaan spesimen sedang giat di jalankan, dan kebiasaannya turut dibantu oleh Pelajar Latihan Industri dari IPTA seluruh Malaysia.

  • Sebagai Muzium Serangga terutama yang berkaitan serangga di persekitaran koko di PPPK Jengka.
  • Menjalankan kajian terkini berkaitan serangga-serangga yang baru ditemui.
  • Menjadi rujukan pelajar praktikal dari institusi pengajian tinggi.
  • Menjalankan kajian berkaitan serangga, terutama serangga perosak koko.

Disebabkan ia masih baru beroperasi, usaha menjadikan ia sebuah Makmal Entomologi yang lengkap kelihatan masih jauh untuk dicapai. Namun, ahli Unit Entomologi akan terus gigih berusaha menambah baik keperluan serta menambah bilangan serangga sebagai koleksi di Makmal ini.Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Saripah Bakar (Pegawai Penyelidik)
Sulaiman Hashim (Penolong Pegawai Penyelidik)

Unit Entomologi
Lembaga Koko Malaysia
Jalan Jengka 23,
28000 Temerloh, Pahang
Telefon: 09-4852782