Makmal perintis ini telah dibina pada bulan Mac 1999 dan mula beroperasi pada April 2000 sebagai tempat pengeluaran parasit telor. Parasit telor adalah sebagai satu alternatif lain bagi mengawal serangan ulat pengorek buah koko (UPBK). Pembiakan parasit telur di makmal memerlukan perumah pengantaraan dan telur kupu-kupu beras dikenalpasti sesuai untuk digunakan sebagai pembiakan parasit telur. Oleh itu, makmal printis ini bukan sahaja tempat pembiakan parasit telur tetapi juga sebagai tempat pemerliharaan kupu-kupu beras. Lembaga Koko Malaysia telah mempelbagaikan skop penyelidikannya, antaranya adalah kaedah kawalan secara biologi dengan menggunakan parasit telur kupu-kupu beras. Kaedah biologi ini adalah merupakan pengawalan ulat pengorek buah koko tanpa menggunakan bahan kimia dan secara tidak langsung boleh mengurangkan pencemaran . Pada dasarnya makmal ini telah berjaya mencapai sasaran mengeluarkan sebanyak 100 gram telur kupu-kupu beras walaupun tidak konsisten. Antara masalah utama yang dihadapi dalam proses pengeluaran telur kupu-kupu beras ialah serangan parasit Bracon sp.
Untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 100 gram telur kupu-kupu beras setiap hari yang boleh digunakan untuk mengawal seluas 80 hektar kawasan tanaman koko. Penggunaan parasit telur ini sebagai agen biologi untuk mengawal ulat pengorek buah koko yang bersifat mesra alam.
Dengan kemudahan yang tersedia di makmal perintis pembiakan parasit telur ini, secara ringkasnya boleh dirumuskan berpotensi menjadi pusat pengeluaran parasit telur, kajian dan rujukan yang komprehensif terutamanya kawalan pengorek buah koko secara kaedah biologi.
< Sblm
Seterusnya >