Rating Pengguna: / 0
Kurang BaikTerbaik 

 

Makmal Rodensia di PPPK Hilir Perak

Makmal Rodensia terdapat di PPPK Hilir Perak dan mempunyai tiga orang kakitangan yang bertugas dalam pengawalan serangan rodensia di kebun koko. Pengawalan rodensia kebiasaannya dilakukan dengan menggunakan perangkap mengikut spesies perosak, serta melibatkan penggunaan umpan kimia. Pemasangan perangkap secara konsisten dapat membantu mengurangkan tahap serangan rodensia di kebun koko.

Unit Rodensia dan Entomolologi pernah bergabung ketika diawal penubuhannya sewaktu di MARDI, namun kemudiannya dipisahkan kepada Unit Rodensia dan Unit Entomologi pada tahun 1989. Makmal Rodensia mula ditubuhkan di PPPK Hilir Perak pada tahun 1974, dan diantara pegawai yang pernah berkhidmat di makmal ini adalah En. Lim Chin Kok, Allahyarham Samsudin Wahi, Mantan Ketua Pengarah LKM, Dato’ Dr. Azhar Ismail serta Ketua Pengarah LKM, Dr Lee Choon Hui. Pelbagai kajian berkaitan rodensia telah dilakukan terutama melibatkan aspek pengawalannya. Makmal ini telah dipindahkan dari bangunan asal ke ke bangunan sedia ada pada tahun 1993, dan kekal sehingga sekarang.

  • Kotak pembiakan burung hantu di Makmal Rodensia 1
  • Pelbagai jenis perangkap rodensia di Makmal Rodensia 1 dan 2
  • Beberapa spesies hidup rodensia di pelihara di Makmal Rodensia 2

  • Sebagai rujukan berkaitan rodensia di persekitaran koko.
  • Menjalankan kajian terkini berkaitan spesies rodensia di PPPK Hilir Perak
  • Menjadi rujukan pelajar praktikal dari institusi pengajian tinggi
  • Menyediakan perkhidmatan pengecaman serangan rodensia yang berkaitan.

Makmal Rodensia penting sebagai rujukan bagi spesies rodensia yang sering ditemui di kebun koko dan kawalan serangan dilakukan dari masa ke semasa bagi mengurangkan tahap serangan yang boleh membawa kerugian kepada tanaman koko.Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Rodensia
Lembaga Koko Malaysia
P.O.Box 30, Batu 16,
Jalan Sungai Dulang, 36307
Sungai Sumun, Perak
Telefon: 05-648 8176