Rating Pengguna: / 1
Kurang BaikTerbaik 

 

Laminar Flow

Tanaman koko sangat sensitif kepada perubahan persekitaran dan terdedah kepada pelbagai penyakit dan perlu penjagaan yang rapi  dan amalan kultura yang baik. Kebanyakan penyakit koko di Malaysia disebabkan oleh fungi atau kulat.  Setiap penyakit koko yang terjadi perlu diberi perhatian yang serius dan dikenalpasti  pathogen terbabit di dalam makmal agar ia tidak merebak dan menjadi epidemik. Penyaringan fungisid yang sesuai lagi berkesan dilakukan di makmal bagi memastikan pengawalan penyakit tersebut dapat dilaksanakan.  Lazimnya pengurusan penyakit di peringkat awal jangkitan perlu dilakukan kerana ia lebih efektif dan ekonomik berbanding dengan peringkat yang serius.

  • Bilik pengasingan dan inokulasi dilengkapi dengan ‘Microflow Carbinet’ dan Autoklaf
  • Inkubator
  • Bilik Histologi yang dilengkapi dengan ‘Embedding Center’ , Mikrotom dan ‘Autostainer’
  • Mikroskop
  • Perangkap Spora bawaan udara.

  • Menjalankan kerja-kerja pengasingan setiap penyakit koko dan mengenalpasti pathogen yang terlibat dan merekod serta menyimpan kultur-kultur untuk kajian dan rujukan.
  • Menyaring fungisid yang sesuai untuk kawalan penyakit yang berkesan dan ekonomik.
  • Menyediakan kemudahan bagi pelajar-pelajar IPTA yang menjalani latihan praktikal
  • Membantu dari segi teknikal kepada agensi-agensi  pertanian lain berkaitan pengawalan penyakit dilapangan.
  • Menguji tahap kerintangan bahan tanaman yang dihasilkan oleh unit baik baka terhadap penyakit Matirosot Jejalur Vaskular (VSD) dan penyakit yang disebabkan oleh Phytophthora palmivora.

 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Unit Patologi,
Lembaga Koko Malaysia
Peti Surat 30, Sungai Sumun,
Perak.
Telefon: 05648 8176