Serangga merupakan komposisi hidupan terbesar di dunia, dimana ianya merangkumi hampir ⅘ dari keseluruhan hidupan yang telah direkodkan. Dengan kepelbagaian dan diversiti order serangga yang sangat luas, maka kajian berkaitan serangga sering menjadi tumpuan dari segi populasi, fungsi, pengawalan, taburan dan tanpa ketinggalan kajian dari aspek taksonomi. Kajian berkaitan serangga dinamakan Entomologi dan merupakan satu yang amat menarik untuk diterokai. Seperti sedia maklum, serangga mudah dijumpai dikawasan yang menyediakan sumber makanan dan perlindungan yang mencukupi untuk membolehkan proses regenerasi berlaku. Kawasan pertanian, seperti koko mempunyai sumber makanan yang pelbagai turut menjadi tumpuan serangga. Direkodkan lebih dari 200 spesies serangga ditemui di persekitaran koko.
Dengan diversiti serangga yang pelbagai, maka kewujudan Makmal Entomologi di PPPK Hilir Perak dilihat amat penting sebagai sumber rujukan berkaitan serangga-serangga. Unit Entomologi mula bertapak di PPPK Hilir Perak dari tahun akhir 1970an dibawah kelolaan MARDI. Kemudian ia mula dipindahkan ke lokasi tetap pada 1987, dan menjalani proses renovasi pada tahun 2007. Pengutipan spesies, pengecaman, penyimpanan dan perekodan serangga dijalankan dengan baik dan spesimen masih kekal dan sempurna sehingga kini. Mantan Ketua Pengarah LKM, Dato’ Dr. Azhar Ismail merupakan salah seorang dari Pegawai Penyelidik Entomologi terdahulu yang giat dalam usaha pengutipan dan pengecaman spesies serangga-serangga. Pengutipan serangga masih dijalankan hingga ke hari ini, bagi memastikan bilangan serangga semakin bertambah di makmal ini.
- ‘Mobile Video Scope’ untuk tujuan pengambilan imej serangga.
- ‘Stereo zoom microscope’ untuk membantu pengecaman serangga.
- ‘Portable Two-way microscope’ – membantu membesarkan imej serangga terutama di ladang.
- ‘Entomology Field Kit’ – kemudahan penangkapan serangga di ladang.
- Empat set 'Entomology cabinet' dimana setiap satu menempatkan 20 laci kabinet berisi serangga mengikut order
- Sebagai Muzium Serangga terutama yang berkaitan serangga di persekitaran koko.
- Menjalankan kajian terkini berkaitan serangga-serangga yang baru ditemui.
- Menjadi rujukan pelajar praktikal dari institusi pengajian tinggi yang sering ditempatkan di PPPK Hilir Perak dan PPPK Tawau.
- Menyediakan perkhidmatan pengecaman serangga yang berkaitan.
- Menjalankan kajian berkaitan serangga, terutama serangga perosak koko.
- Menjadi lokasi penerbitan rancangan ‘Agro-jurnal’ terbitan RTM sebanyak dua kali.
- Menjadi lokasi pengambaran iklan rancangan ‘Inspirasi Koko’ terbitan LKM.
Dengan pertambahan koleksi serangga sehingga kini, secara ringkasnya boleh dirumuskan Makmal Entomologi PPPK Hilir Perak berpotensi menjadi pusat rujukan yang komprehensif berkaitan serangga-serangga di persekitaran koko.Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Unit EntomologiLembaga Koko Malaysia
P.O.Box 30, Batu 16,
Jalan Sungai Dulang, 36307
Sungai Sumun, Perak
Telefon: 05-648 8176
< Sblm |
---|