Ulat Bungkus Pteroma

BAHAGIAN DISERANG Daun
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) Ulat Bungkus
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) Oil palm Bagworm
NAMA SAINTIFIK Pteroma pendula, Crematopsyche pendula
ORDER Lepidoptera
FAMILI Psychidae
  • CIRI-CIRI
    • Serangga polifagus dan menyerang tanaman lain seperti sago, kelapa sawit, kopi, jambu batu dan Acacia
    • Serangga betina dewasa tinggal didalam kelongsong daripotongan daun berbentuk seakan kon yang tergantung pada daun sepanjang 10mm
  • BIOLOGI
    • Hanya dewasa jantan muncul sebagai kupu-kupu dengan lebar bukaan sayap sekitar 11mm
    • LARVA :  145 hari dengan jantan dan betina mempunyai lima peringkat instar
    • PUPA : 17 - 18 hari
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Tompokan tidak sekata pada bahagian daun, kadangkala hingga menembusi permukaan daun
    • Jarang mendatangkan kerosakan serius pada daun koko jika dibandingkan dengan kelapa sawit
  • KAWALAN
    • Mengutip kelongsong dengan tangan dan membuangnya
    • Jika serangan serius berlaku, menggunakan racun serangga Trichlorfon dan Acephate

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here