Penyakit Daun
Lazimnya pokok koko dewasa yang ditanam di ladang tidak menghadapi masalah penyakit daun. Penyakit daun hanya menjadi masalah kepada anak-anak benih koko di tapak semaian. Kulat-kulat yang sering ditemui pada penyakit-penyakit daun di tapak semaian ialah Colletotrichum sp.,Gloeosporium sp., Curvularia sp. dan Pestalotia sp.
- SIMPTOM
- Penyakit bermula dengan bintik-bintik kecil pada permukaan daun dan kemudiannya membesar.
- Seranggan yang teruk pada daun menyebabkan daun berubah bentuk dan mengerekot.
- PENYEBARAN
- Spora akan dihasilkan pada permukaan daun yang berpenyakit disebarkan oleh angin atau percikan air sama ada dari percikan air hujan atau semasa menyiram anak-anak benih koko.
- Dalam keadaan yang lembab dan sesuai spora ini akan bercambah dan menjangkiti daun-daun koko.
- PENGAWALAN
- Amalan kultura yang baik dapat mengawal penyakit daun.
- Jangan mengatur anak-anak benih terlalu rapat bagi mengelak kelembaban yang terlalu tinggi.
- Anak-anak benih yang dijangkiti perlu dipisahkan dari tapak semaian supaya penyakit tersebut tidak merebak.
- Fungisid hanya digunakan apabila penyakit tersebut mendatangkan masalah.

Gambar Simptom Penyakit

