Penyakit Mati Rosot Vaskular (VSD)

  • SIMPTOM
    • Daun-daun di hujung ranting menjadi kering di bahagian tepi daun dan menyeluruh. Daun yang mati kekeringan akan melekat pada dahan beberapa minggu sebelum gugur ke tanah.
    • Kulit kayu pada dahan berpenyakit menjadi kasar kerana liang–liang lentisel membengkak.
    • Mata tunas pada celah daun yang gugur akan tumbuh dan mati dengan cepat.
    • Kayu berpenyakit apabila didedahkan kepada udara akan bertukar menjadi warna perang dengan cepat.
    • Apabila kayu berpenyakit dibelah, jalur-jalur berwarna keperangan pada saluran vaskular terbentuk.
  • PENYEBARAN
    • Kulat ini menghasilkan spora pada waktu malam pada rekahan urat utama daun.
    • Spora kulat ini disebarkan oleh angin di waktu malam dan menjangkiti daun-daun koko yang muda serta memasuki saluran zilem sistem vaskular pokok koko.
    • Kehadiran kulat ini di dalam saluran zilem mengganggu pegaliran air dan zat galian ke bahagian pucuk.
  • PENGAWALAN
    • Dahan-dahan yang berpenyakit perlu dicantas sekurang-kurang 2-3 bulan sekali. Cantasan hendaklah dibuat 30 cm dari tanda jalur perang pada bahagian vaskular.
    • Tanamlah klon-klon koko yang tahan terhadap penyakit VSD
    • Fungisid sistemik boleh juga digunakan pada anak benih koko. Fungisid protectant tidak sesuai digunakan.
    • Membaja secukupnya dapat menghalang jangkitan penyakit VSD.

Reltated File - Click Here