Penyakit Bebenang

  • JENIS-JENIS

    Terdapat 2 jenis penyakit bebenang yang biasa ditemui di ladang-ladang koko di Malaysia iaitu:

    • Penyakit bebenang putih yang disebabkan oleh Marasmius scandens.
    • Penyakit bebenang bulu kuda yang disebabkan oleh M. equicrinus.
  • SIMPTOM
    • Jalur-jalur bebenang putih atau hitam (rizomorfa) yang melekat pada permukaan kulit dahan dan daun.
    • Daun yang mati akan bergantungan pada dahan dan tidak gugur ketanah. Daun-daun ini dilekatkan oleh rizomorfa kulat.
  • PENYEBARAN
    • Penyakit ini disebar oleh spora yang tumbuh pada bahan-bahan mati pada ranting pokok koko dan membentuk rizormorfa. Dalam keadaan yang sesuai kulat ini menghasilkan cendawan. Spora-spora dihasilkan di dalam insang dibahagian bawah cendawan dan disebarkan oleh angin dan hujan.
  • PENGAWALAN
    • Cantasan yang sempurna perlu dilakukan bagi mengurangkan kelembaban di dalam ladang koko.
    • Perlindungan yang berlebihan perlu dikurangkan.
    • Bahagian pokok yang berpenyakit dan daun-daun kering yang bergantungan pada dahan perlu dibuang dan dibakar.
    • Kawalan kimia boleh dilakukan dengan menyembur fungisid sentuhan yang mengandungi kuperam. Bahan pelekat seperti Tanac digalakan untuk dicampur semasa penyemburan fungisid.

Reltated File - Click Here