Tikus
- PENGENALAN
- Diantara tiga kumpulan rodent (tikus, tupai dan landak), tikus dan tupai merupakan perosak koko dan kerosakan sering dilaporkan oleh pekebun koko. Kerosakan berlaku akibat serangan pada buah koko yang masak dan hampir masak. Namun terdapat juga serangan pada buah yang belum masak, terutama ketika musim buah berkurangan. Terdapat enam spesies tikus direkodkan di Malaysia iaitu Rattus muelleri, R. tiomanicus, R. exulans, R. argentiventer, Chilopodemys gliroides and R. ratus diardii.
- SIMPTOM
- Lubang tebukan agak kecil dan bulat yang dibentuk dengan gigitan perlahan dengan cerunan tepi kulit yang kecil
- Serpihan kulit buah yang kecil dengan lendir yang menyebabkan gantungan kulit pada buah
- Lapisan lendir masa terdapat pada sebahagian besar biji koko yang bertaburan di lantai tanah
- Terdapat juga tinggalan biji koko didalam buah yang masih tergantung pada tangkai
- PENGAWALAN
- Kawalan kultura dimana menitikberatkan kebersihan kebun
- Kekerapan melakukan cantasan bagi mengurangkan daun-daun serta membuka lebih ruang pengudaraan
- Kawalan mekanikal melibatkan pemasangan perangkap tikus yang diletakkan umpan isi kelapa
- Kawalan biologi menggunakan burung helang, burung hantu serta ular. Namun didapati penggunaan burung hantu lebih bersesuaian dimana waktu pemakanannya selari dengan waktu tikus aktif
- Penggunaan racun anti penggumpal darah seperti warfarin dan brodifacoum, racun akut seperti zink fosfida

Gambar Perosak

Gambar Simptom Kerosakan

Gambar Simptom Kerosakan

