Tupai
- PENGENALAN
- Terdapat dua kumpulan tupai yang boleh dijumpai di persekitaran koko iaitu tupai (Famili Sciurinae) dan tupai terbang (Famili Petauristinae). Tupai terbang direkodkan ditemui di Sabah, manakala tikus dijumpai di seluruh Malaysia. Spesies tupai terbang yang direkodkan adalah Petaurist petaurista, Aeromys tophromelas dan Aeromys thomasi. Spesies tupai yang direkodkan adalah Callosciurus prevostii, C. notatus, C. nigrovittatus, C. caniceps, Sundasciurus lowii, S. tenuis dan Ratufa affinis.
- SIMPTOM
- Lubang tebukan pada buah koko lebih besar berbanding tikus dan membujur serta luka kecerunan kulit yang lebih condong
- Serpihan kulit buah lebih besar dan tiada serpihan melekat pada buah
- Biji bersih daripada lendir dan bertaburan di atas joket di pokok dan tanah. Pecahan biji tidak berlaku
- Tiada biji tertinggal di dalam buah
- PENGAWALAN
- Kebun dibersihkan, elakkan kawasan gelap dan kanopi bercantum antara satu sama lain
- Kekerapan melakukan cantasan bagi mengurangkan daun-daun serta membuka lebih ruang pengudaraan
- Kawalan mekanikal melibatkan pemasangan perangkap tikus yang diletakkan umpan isi kelapa
- Kawalan biologi menggunakan burung hantu
- Pengumpanan makanan seperti pisang yang berisi racun seperti lindane

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

