Musang

  • PENGENALAN
    • Musang adalah haiwan mamalia yang turut menjadi perosak tanaman koko. Simptom serangan musang dapat dibezakan dengan haiwan lain, terutama melihat kepada buah yang baru diserang.
  • SIMPTOM
    • Buah yang ditebuk berlubang dan seringkali meninggalkan separuh daripada buah tergantung di atas pokok.
    • Serpihan-serpihan kulit koko berada di lantai tanah di kawasan buah yang digigit.
    • Kadangkala ditemui gumpalan-gumpalan najis yang mengandungi biji-biji koko yang melekat antara satu sama lain.
    • Serpihan kulit koko lebih besar jika dibandingkan dengan serangan tupai.
    • Terdapat kesan gigitan pada tinggalan buah.
  • PENGAWALAN
    • Amalan kultura yang baik dapat mengawal sedikit sebanyak serangan musang.
    • Kekerapan mengutip buah yang masak dan hampir masak, kerana musang memakan buah koko yang telah hampir masak.
    • Memasang perangkap yang diletakkan umpan seperti isi kelapa.

Gambar Perosak

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here