Babi

PENGENALAN

Babi turut direkodkan sebagai perosak tanaman koko, terutama di kawasan yang berhampiran dengan hutan serta kawasan bersemak. Serangan babi boleh menjadi serius terutamanya di kawasan yang baru ditanam pisang atau kelapa sebagai pokok pelindung. Seringkali ditemui tapak-tapak kaki babi berhampiran tunggul kelapa ataupun pisang yang telah disondol. Kawasan yang disondol babi mempunyai kesan kerosakan yang besar dimana lopak-lopak tanah yang tidak teratur dan tanah yang berselerak. Ianya mampu mencederakan pokok koko dan melemahkan sistem akar. Selain itu, penggeselan badan babi terhadap pokok koko boleh mencederakan tunas-tunas serta tunas cantuman. Serangan berulangkali boleh menyebabkan kerosakan berterusan di kebun koko.

Pengawalan bagi haiwan ini adalah dengan membina pagar elektrik bagi pekebun yang mampu. Namun begitu, terdapat beberapa langkah lain yang diaplikasi oleh pekebun seperti membuat pepagar menggunakan keratan pelepah kelapa sawit serta menggunakan racun yang bersesuaian.


Gambar Perosak

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here