Anai-anai Coptotermis
| BAHAGIAN DISERANG | Dahan dan batang |
|---|---|
| NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Anai-anai |
| NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Termites, 'Rubber tree termites' |
| NAMA SAINTIFIK | Coptotermis curvignathus |
| ORDER | Isoptera |
| FAMILI | Termitidae |
- CIRI-CIRI
- Turut menyerang tanaman seperti getah, kelapa, kelapa sawit, mempelam, kopi dan tebu
- Anai-anai berkepak atau dipanggil kelkatu terbang mencari cahaya diwaktu malam biasanya sebelum musim hujan
- Nimfa aktif mencari makanan, membesar dan bersalin kulit sebelum menjadi dewasa yang tidak berkepak
- Anai-anai dewasa terbahagi kepada pekerja, askar dan pembiak
- BIOLOGI
- Mengalami metamorfosis tidak lengkap iaitu telur, nimfa dan dewasa
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Daun boleh layu dengan galeri terowong dari tanah terutama pada dahan dan batang
- Koloni anai-anai yang besar boleh memenuhi ruang dalam tanah dengan luas dan membukit tinggi bagi yang membina busut
- Koloni boleh kekal sehingga bertahun-tahun, berhampiran kayu reputt dan didalam tanah yang mempunyai kayu terbenam
- Amat berbahaya jika tidak diawasi kerana bersifat polifagus, iaitu satu-satunya spesies di Malaysia yang mampu memakan pokok segar
- Serangan tertumpu pada bahagian pangkal batang dan akar menyebabkan pokok muda mati
- Serangan pada pokok tua tidak menunjukkan tanda nyata, namun akan tumbang dalam tiupan angin kencang berikutan pegangan akar dalam tanah yang lemah
- KAWALAN
- Apabila mula membersih tanah, adalah disyorkan kekotoran seperti tinggalan batang, dahan dibakar terlebih dahulu
- Mengadakan 'drenching' bahagian pangkal pokok dengan racun dengan bahan aktif gamma-HCH dan chlorpyrifos

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

