Serangga Perosak Akar Koko Phyllophaga
| BAHAGIAN DISERANG | Akar |
|---|---|
| NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Serangga Perosak Akar Koko |
| NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Cocoa White Grub |
| NAMA SAINTIFIK | Phyllophaga sp |
| ORDER | Coleoptera |
| FAMILI | Scarabaeidae |
- CIRI-CIRI
- Ditemui di kawasan berhampiran air terjun, mempunyai saliran air yang baik, kawasan berbukit serta bekas hutan atau pernah ditanam tanaman berkayu lain sebelumnya
- Menyerang pelbagai tanaman lain seperti ubi, halia, kelapa, kelapa sawit dan getah
- Larva berwarna krim, mempunyai kepala keras berwarna kuning kecoklatan ataupun coklat gelap berukuran sekitar 0.5cm
- Bahagian posterior kepala berwarna gelap, transparent dan mempunyai partikel tanah di dalamnya
- Mempunyai tiga pasang kaki yg jelas kelihatan, badan berbentuk C apabila terdedah kepada cahaya matahari
- BIOLOGI
- Tidak dapat dipastikan jangka hayat hidupnya, namun dipercayai mencapai setahun bagi melengkapkan kitar hidupnya
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Anak pokok koko terutama yang baru dipindahkan ke ladang akan kelihatan layu sekiranya telah diserang
- Daun dan pokok akan layu sepenuhnya dalam masa beberapa hari sahaja
- Terdapat potongan secara menyerong pada bahagian akar tunjang dan pokok sangat mudah ditarik daripada tanah
- Menyebabkan akar tunjang terputus dan memberhentikan terus pengambilan air dan makanan melalui akar
- Pokok akan mati dalam masa beberapa hari sahaja
- Mampu membawa kerugian yang serius berikutan serangan biasanya boleh merosakkan keseluruhan bilangan pokok yang ditanam di kebun
- KAWALAN
- Menaburkan racun serangga dengan bahan aktif Carbofuran ke dalam polibeg dan disiram dengan air. Selepas dua minggu barulah ditanam di kebun
- Jika tanaman telah dilakukan, taburan racun Carbofuran sekitar satu sudu kecil dilakukan berhampiran batang pokok koko dan disiram air

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

