Pengorek Keliling Batang Endoclyta
| BAHAGIAN DISERANG | Batang |
|---|---|
| NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Ulat Pengorek Keliling Batang |
| NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Ring Bark Borer |
| NAMA SAINTIFIK | Endoclyta hosei |
| ORDER | Lepidoptera |
| FAMILI | Hepialidae |
- CIRI-CIRI
- Kupu-kupu dewasa berukuran kira-kira 20mm panjang dengan kepak berwarna coklat tua dan biasa bertelur di celah rekahan di bahagian percabangan dahan
- Kepak hadapan mempunyai tompokan kuning pucat dengan dua tompokan lebih besar dibahagian tengah
- Larva biasa menyerang pokok koko muda yang berumur 6-36 bulan di bahagian pangkal (collar) pokok dan pada pokok koko tua di bahagian jorquette
- Larva membuat lubang dan laluan masuk menerusi kulit kayu,kemudian mengorek masuk hingga ke bahagian tengah batang pokok
- Larva akan keluar dari lubang untuk memakan kulit kayu di permukaan dahan di sekitar lubang
- Larva berwarna hitam hitam berkilat seperti logam dan biasanya terdapat hanya satu larva di dalam satu lubang
- Peringkat awal larva mempunyai beberapa instar dan hidup dengan memakan daun kering atau kayu reput sebelum mengorek masuk ke dalam batang pokok
- Kepompong atau pupa biasanya terbentuk di dalam terowong
- BIOLOGI
- Telur menetas 11 hari selepas pengeraman
- Larva muda mempunyai 3 peringkat instar, dimana instar pertama dan kedua berada di dalam tanah dan memakan bahan organik
- Dewasa boleh mencapai sehingga 7cm
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Kesan serangan perosak ini dapat dikenali dengan adanya frass berhampiran dengan lubang korekan dan juga galleri yang diperbuat daripada gumpalan frasss dan kulit kayu yang kemudiannya mengelilingi batang pokok.
- Serangan pada bahagian ‘collar’ boleh membunuh pokok dewasa.
- Larva mengorek dan membuat terowong sedalam 5-10cm di dalam batang atau dahan, bersembunyi dari musuh dan jika menyerang pokok koko muda boleh menyebabkan kematian pokok akibat korekan dan turisan yang mengelilingi batang
- KAWALAN
- Kerap melakukan pemeriksaan di kebun koko bagi mengetahui serangan peringkat awal
- Menyuntik racun serangga dengan bahan aktif Dimethoate ke dalam lubang korekan, dan ditutup dengan tanah bagi menutup lubang pernafasan

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

