Kumbang Pengorek Koko Cerosterna

BAHAGIAN DISERANG Dahan,Dahan joket.
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) Kumbang Pengorek koko
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) ‘Branch Borer’
NAMA SAINTIFIK Cerosterna sp.
ORDER Coleoptera
FAMILI Cerambycidae
  • CIRI-CIRI
    • Kumbang dewasa boleh dikenal pasti melalaui warna kuning kekelabuan pada bahagian badan,sayap depan yang tebal,serta kehadiran warna perang tua pada hujung sayap depan(elytra).Warna beransur-ansur menjadi lebih cerah pada bahagian posterior
    • Kumbang ini selalu bertelur di dahan joket dan larva yang membesar sepenuhnya berukuran 80mm panjang dan 10mm lebar pada protoraks dan berwarna pucat
    • Larva akan mengorek daripada bahagian atas ke bawah dahan pokok dan dikenal pasti melalui saiz galeri larva
    • Proses korekan berterusan sehingga ia bertukar menjadi kepompong atau pupa
    • Pupa dijumpai di hujung korekan dan berhampiran dengan kulit kayu
  • BIOLOGI
    • Jangka hayat larva adalah di antara 315 hingga 525 hari
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Larva mengorek bermula dari ranting menuju ke dahan dan akhirnya ke batang utama dan seterusnya hingga ke pangkal batang utama
    • Apabila kulit di sekeliling batang utama rosak kerana serangan, dahan menjadi cepat kering dan pokok akan mulai mati
    • Pokok koko kebiasaannya telah mati apabila kumbang muncul
    • Kumbang dewasa cuma mengakibatkan kerosakan kecil kepada kulit kayu
  • KAWALAN
    • Menyuntik racun dengan bahan aktif Chlorpyrifos ke dalam lubang yang mempunyai simptom frass yang masih baru
    • Pemeriksaan perlu dijalankan setiap bulan serta diikuti rawatan susulan jjikaa perlu, bagi mengurangkan tahap serangan

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here