Pengorek Dahan Zeuzera

BAHAGIAN DISERANG Dahan, Batang.
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) Ulat Pengorek Dahan
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) ‘Stem Borer’,
NAMA SAINTIFIK Zeuzera coffeae dan Zeuzera conferta.
ORDER Lepidoptera
FAMILI Cossidae
  • CIRI-CIRI
    • Dewasa berwarna putih perak dengan bintik hitam kecil dan terbang sebaik sahaja muncul
    • Larva berwarna merah gelap atau kuning kemerahan yang sangat ketara dan jelas warnanya
    • Kepala dan hujung larva berwarna hitam serta terdapat tompok kecil berwarna hitam dan tersusun selari sepanjang badan
    • Kepompong terbentuk di celah rekahan kulit.
  • BIOLOGI
    • Kupu-kupu dewasa akan bertelur didalam rekahan kulit kayu dengan kitar hidup antara 4 hingga 4.5 bulan
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Pada peringkat larva ia memakan isi di dalam batang dan dahan dimana serangan biasanya bermula dari pada ranting atau dahan muda
    • Larva akan mengorek ranting ke arah bawah menuju ke dahan yang lebih besar dan daun pada ranting atau dahan akan menguning,layu dan kering
    • Serangan pada pokok koko muda akan mengakibatkan kematian terutama apabila serangan berlaku pada batang atau dahan utama
    • Serangan boleh dikenalpasti dengan kehadiran fras kemerahan berbentuk telur yg terkeluar daripada lubang korekan di atas tanah
    • Dahan yang berada di bahagian atas lubang masuk akan layu dan akhirnya mengering
    • Dahan mati ini dapat dipatahkan degan mudah.
  • KAWALAN
    • Mencari lubang kemasukan serangga ini. Jika ianya menyerang dahan, maka potong sekaki ke bawah dahan terbabit dari bahagian lubang ditemui
    • Buang dahan terbabit dari kebun
    • Boleh menggunakan suntikan racun serangga dengan bahan aktid Dimethoate pada bahagian lubang, dan ditutup dengan tanah bagi menutup lubang pernafasan

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here