Pengorek Batang Indarbella
| BAHAGIAN DISERANG | Batang |
|---|---|
| NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Pengorek Batang |
| NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Cocoa cushion and bark borer |
| NAMA SAINTIFIK | Squamura disciplaga, Indarbela disciplaga |
| ORDER | Lepidoptera |
| FAMILI | Metarbelidae |
- CIRI-CIRI
- Turut menyerang tanaman lain seperti Acacia, ficus dan durian
- Terdapat galeri terowong frass pada permukaan luar kulit terutama dibahagian kusyen dan batang koko
- Lubang masuk larva kebiasaannya juga merupakan lubang keluar kemudiannya
- Kebiasaannya aktif diwaktu malam
- BIOLOGI
- Sebanyak 15-25 biji telur pada satu longgokan
- Larva yang mengambil masa sekitar 3-4 bulan bagi melengkapkan kitar hidup
- Dewasa mempunyai jangka hayat pendek namun mampu bertelur sehingga 2000 biji
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Larva memakan bahagian batang dibawah terowong sutera yang ditutupi pellet frass
- Larva permulaannya berada dibawah terowong dan apabila semakin matang mula melombong ke dalam batang dan rekahan dahan pokok
- Boleh mendatangkan kesan serius melibatkan pengurangan hasil terutama jika menyerang dahan yang menghasilkan koko
- Simptom serangan seakan Zeuzera namun galeri frass lebih kecil, teratur dan kemas
- Serangan kebiasaannya kurang serius jika dibandingkan serangan Zuezera
- KAWALAN
- Membuang galeri frass di luar badang dan mencari lubang masuk serangga
- Suntikan racun serangga pada lubang tersebut, dan seterusnya menutup dengan tanah bagi menutup ruang udara didalam batang

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

