Kepinding Nyamuk Helopeltis

BAHAGIAN DISERANG Putik buah / buah
NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) Kepinding Nyamuk
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) Midges cocoa mirids
NAMA SAINTIFIK Helopeltis theivora Miller
ORDER Hemiptera
FAMILI Miridae
  • CIRI-CIRI
    • Turut menyerang bahagian buah koko
    • Dewasa bertelur secara tunggal pada bahagian pucuk dan aktif diwaktu pagi dan petang
    • Dewasa dan nimfa menghisap cairan sel pada putik buah
    • Nimfa tidak bersayap tetapi aktif pada bahagian pucuk dan putik pada waktu pagi dan petang
    • Mampu melukakan 20-150 bahagian dalam tempoh sehari
  • BIOLOGI
    • TELUR : 5-7 hari
    • NIMFA : 13-18 hari
    • DEWASA : 30 hari
    • KITARAN HIDUP : 18-25 hari (telur hingga nimfa)
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Serangan pada bahagian pucuk menyebabkan luka bujur berwarna coklat
    • Saiz luka dianggarkan antara 4 hingga 6 mm
    • Serangan pada beberapa bahagian pucuk boleh menyebabkan pucuk kering, layu dan seterusnya mati
    • Agak merbahaya jika menyerang pada pokok kecil serta pucuk yang baru dicantum
  • KAWALAN
    • Racun serangga yag disyorkan adalah dengan bahan aktif Cypermethrin, Deltamethrin atau Lambda-cyhalothrin
    • Semburan dilakukan setiap dua minggu dengan mensasarkan bahagian pucuk koko jika serangan adalah serius
    • Bilangan semburan boleh dikurangkan sekali sebulan apabila tahap serangan berkurangan
    • Boleh menggunakan kawalan biologi, Semut Hitam Koko

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here