Larva Tortricid

BAHAGIAN DISERANG Daun
NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) Leaf rollers, cocoa webworm
NAMA SAINTIFIK Adoxophyes privatana
ORDER Lepidoptera
FAMILI Tortricidae
  • CIRI-CIRI
    • Menyerang tanaman lain seperti buah-buahan, getah, teh, rambutan dan labu
    • Larva mengikat dua helai daun muda dengan benang sutera daan menyebabkan kedua-dua daun melekat antara satu sama lain
    • Jika kedua-dua daun dipisahkan, akan kelihatan seekor larva yang diselaputi kokun nipis yang tidak kukuh
    • Larva mempunyai kepala berwarna coklat oren dan berukuran sekitar 15mm
  • BIOLOGI
    • Telur dalam kelompok sehingga 70 biji dan akan menetas dalam masa 8 hari
    • Larva antara 17-19 hari
    • Keseluruhan kitar hidup antara 29 hingga 34 hari
  • SIMPTOM DAN KEROSAKAN
    • Daun melekat antara satu sama dan berlubang lubang
    • Tinggalan najis-najis berhampiran dengan larva
  • KAWALAN
    • Semburan racun serangga dari kumpulan Cypermethrin atau Deltamethrin jika serangan serius

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan
Reltated File - Click Here