Kutu Daun Toxoptera
| BAHAGIAN DISERANG | Pucuk muda |
|---|---|
| NAMA BIASA (BAHASA MALAYSIA) | Kutu Daun |
| NAMA BIASA (BAHASA INGGERIS) | Cocoa Aphid, black citrus aphid |
| NAMA SAINTIFIK | Toxoptera aurantii |
| ORDER | Homoptera |
| FAMILI | Aphididae |
- CIRI-CIRI
- Turut menyerang pokok sayuran
- Banyak di kawasan tropika dan tidak mengeluarkan telur
- Pembiakan partenogenik dan serangga jantan jarang ditemui
- Kesemua kitar hidup membiak dibawah permukaan daun dan tangkai bunga
- BIOLOGI
- Nimfa dilahirkan secara partenogenesis dan dalam proses ini serangga dewasa melahirkan anaknya dengan kadar 4-22 nim sehari.
- Nimfa melalui 4 peringkat instar dan menyerupai serangga dewasa kecuali ia tidak bersayap, seterusnya berbentuk seakan kutu dengan warna merah pekat
- Betina yang tidak berkepak (apterae) menjadi dewasa dan mula membiak selepas 6 hari, dan betina berkepak (alatae) selepas 7-8 hari
- Peringkat awal nimfa berwarna putih
- SIMPTOM DAN KEROSAKAN
- Serangga dewasa dan nimfa menyerang pucuk daun pada permukaan sebelah bawah daun
- Mengisap cairan sel dan menyebabkan daun mengerekot dan pertumbuhan daun terbantut
- Turut menyerang tangkai bunga, dan menyebabkan bunga layu dan mati
- Tidak dianggap perosak penting, kecuali bagi tunas yang baru dicantum
- KAWALAN
- Mengerat dan membuang bahagian pucuk yang dihinggapi kutu daun
- Jika serangan serius, penggunaan racun serangga boleh dipertimbangkan

Gambar Seranga

Gambar Simptom Kerosakan

