SIMPTOM
- Daun-daun di hujung ranting menjadi kering di bahagian tepi daun dan menyeluruh. Daun yang mati kekeringan akan melekat pada dahan beberapa minggu sebelum gugur ke tanah.
- Kulit kayu pada dahan berpenyakit menjadi kasar kerana liang–liang lentisel membengkak.
- Mata tunas pada celah daun yang gugur akan tumbuh dan mati dengan cepat.
- Kayu berpenyakit apabila didedahkan kepada udara akan bertukar menjadi warna perang dengan cepat.
- Apabila kayu berpenyakit dibelah, jalur-jalur berwarna keperangan pada saluran vaskular terbentuk.
|
PENYEBARAN
- Kulat ini menghasilkan spora pada waktu malam pada rekahan urat utama daun.
- Spora kulat ini disebarkan oleh angin di waktu malam dan menjangkiti daun-daun koko yang muda serta memasuki saluran zilem sistem vaskular pokok koko.
- Kehadiran kulat ini di dalam saluran zilem mengganggu pegaliran air dan zat galian ke bahagian pucuk.
|
PENGAWALAN
- Dahan-dahan yang berpenyakit perlu dicantas sekurang-kurang 2-3 bulan sekali. Cantasan hendaklah dibuat 30 cm dari tanda jalur perang pada bahagian vaskular.
- Tanamlah klon-klon koko yang tahan terhadap penyakit VSD
- Fungisid sistemik boleh juga digunakan pada anak benih koko. Fungisid protectant tidak sesuai digunakan.
- Membaja secukupnya dapat menghalang jangkitan penyakit VSD.
|